ASSALAMUALAIKUM (:
Dari tgh hari sampai petang kami
habiskan masa baca pasal perbicaraan kes Mona Fendi ni. mula2 kami cuma tahu yang kes ni pasal mayat dikerat 18. keterangan ketiga2 tertuduh, mmg ngeri bak
ang!! so , nak simplifykan kat sini pasal kes yang ni. Kami baca benda ni dari laman web, ditulis oleh
seorang wartawan yang pada ketika itu bertugas dlm mahkamah masa perbicaraan
kes ini berlangsung pada 1994.
si mati, Datuk Mazlan Idris, bekas
ADUN Batu Talam, Pahang, telah dibunuh dan mayatnya dikerat 18 bahagian. nak
tengok camne dia kena kerat? tgk pic bawah ni.
kejadian berlaku lebih kurang masa
tgh malam, 2 Julai 1993 dekat rumah Mona Fendi and suami dia kat Ulu Dong,
Pahang. Ni ha gmbr umah diorang. mmg menyeramkan!!
Tertuduh pertama ialah Juraimi
Husin, pembantu Mona dan suaminya, tertuduh kedua, Mohd Affendy Abd Rahman dan
tertuduh ketiga ialah Maznah Ismail iaitu Mona Fendi (nama gelaran). caye tak
yg Mona Fendi ni pernah jadi penyanyi dan ada keluarkan album dan pernah
tercalon dlm Muzik2 tp tersingkir masa pusingan pertama? aku pun baru tahu
pasal ni sbnrnya. dlu tak baca sangat kes ni dgn detail.
Mona dgn suami dia seorang bomoh. yg
si mati ni, ada kaitan dgn dua manusia ni sbb dia nak jd Menteri Besar Pahang,
so dia gunakanlah khidmat bomoh pasangan suami isteri ni. yg Juraimi Husin tu,
mcm anak angkat dorang la, kira pembantu dorang, dia menurut je kata si Mona
dan suaminya tu. Perbicaraan kes ni berlangsung di Mahkamah Tinggi Temerloh
pada tahun 1994.
Malam 2 Julai tu, pembunuhan berlaku
di bilik air rumah dorang. masa tu konon2 diorang nak mandi bunga kan Datuk ni.
Datuk tu dalam keadaan terbaring, sedangkan sepatutnya kebiasaannya mandi bunga
dlm keadaan duduk kan? Kat sini dah timbul keraguan. kata tertuduh pertama,
Juraimi, dia dengar upacara ni utk buat ibu duit, macam nak gandakan wang la.
masa hari kejadian, Datuk Mazlan ada keluarkan wang RM200 000. kemudian
mengikut keterangan tertuduh pertama, suami mona, Affendy, arahkan dia utk
tetak leher mangsa hingga putus. dia mengaku melakukan tetakan dengan kapak
sebanyak tiga kali. dua kali yg pertama leher tak putus, kali ketiga baru
putus.
"Saya
tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak tiga
kali
baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan
daripada
Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman)," kata Juraimi
dalam
keterangan membela diri.
Menurutnya, dia kemudian memotong sendi dan
melapah kulit serta daging Mazlan setelah mendapat arahan lanjut
daripada Affandi. Bagaimanapun, tertuduh pertama itu tidak dapat
ingat berapa bahagian dia memotong tulang dan daging mayat
Mazlan.(Perunding Kanan Perubatan Fornsik Hospital Kuala Lumpur,
Dr Abdul Rahman Yusof dalam keterangannya memberitahu mahkamah
mayat Mazlan dipotong 18 bahagian)."Tulang dan daging itu
kemudian saya masukkan ke dalam basin dan mencurahkannya ke dalam
lubang stor rumah yang sudah digali sejak seminggulalu dan
menimbusnya. Ngeri bukan? aku sampai naik loya baca benda ni. aku bukan boleh
benda2 mcm ni, sbb tu takmo jadi doctor. tp gatai lak nak jadi peguam. padahal
peguam pun kena deal ngan kes2 ngeri mcm ni gak. huhuhu.
ok sambung lagi. keterangan ketiga2 tertuduh
ni mmg bercanggah dan berbeza antara satu lain. tertuduh pertama, Juraimi
menegaskan bahawa dia dalam keadaan tak sedar masa pembunuhan tu berlaku. dia
hanya menurut apa yg diarahkan oleh Mona dan suaminya. lepas dia tetak mangsa,
Mona dan suaminya bergegas ke KL menggunakan kereta si mati, dan meninggalkan
tertuduh pertama seorang diri di rumah tu dengan upah rm180 sebagaimana yg
dikatakan oleh tertuduh pertama. dia diarahkan oleh Mona utk menanam mayat itu.
kemudian beberapa hari kemudian, sepupu mangsa datang ke rumah tu mencari
mangsa. dia bertanyakan ke mana Mona dan suaminya pergi, Juraimi hanya menjawab
tidak tahu. selepas sepupu mangsa datang, Juraimi terus menanam senjata
pembunuhan iaitu kapak dan parang yg digunakan untuk melapah mayat
mangsa.
manakala bg pihak tertuduh kedua dan
ketiga pula, mereka memberi keterangan bahawa semasa mereka sedang dlm upacaran
nak mandi bunga kan si mati tu, Juraimi tiba2 masuk dengan sebilah kapak dan
menetak leher mangsa. kat sini pun dh timbul keraguan, masa hujah penggulungan,
pendakwaraya berkata, kalau betul Juraimi tiba2 masuk dan menetak leher mangsa,
sudah tentu tangan Affendy dan Mona turut terkena tetakan sbb Affendy kata masa
tu dia tengah mengusap wajah si mati manakala Mona sedang menjirus air ke muka
si mati.
berikut adalah penggulungan hujah
Timbalan Pendakwaraya di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.
Pertuduhan terhadap
ketiga-tiga tertuduh ialah:
"Bahawa kamu di
antara jam 10 malam 2 Julai 1993 hingga 12 tengah
malam 8 Julai 1993, di
sebuah rumah tanpa nombor, di Kampung Peruas,
Ulu Dong, dalam daerah
Raub di dalam negeri Pahang, dengan niatbersama
seperti yang ditakrifkan
oleh Seksyen 34 Kanun Keseksaan, telah melakukan
kesalahan bunuh, iaitu
menyebabkan kematian YB Datuk Idros @ Mohd
Mazlan Idris (nombor kad
pengenalan 1317702) dan dengan itu kamu telah
melakukan kesalahan yang
boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun
Keseksaan yang dibaca
bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama."
Fakta yang tidak
dipertikaikan di sini ialah:
1. Pada hari
pembunuhannya Datuk Mazlan telah mengeluarkan wang hampir RM300,000 dari
beberapa bank di Kuala Lumpur.
2. Jasad yang ditemui
dalam lubang stor di rumah yang didiami oleh Juraimi, Affandi dan Mona di
Ulu Dong adalah jasad Mazlan.
3. Mazlan telah dibunuh
di rumah tempat kediaman ketiga-tiga tertuduh pada 2 Julai 1993 jam lebih
kurang 11.30 malam.
4. Pada masa kejadian
ketiga-tiga mereka berada di situ.
5. Ketiga-tiga tertuduh
mengenali Mazlan beberapa bulan sebelum kejadian.
6. Juraimi telah membawa
pihak polis kepada penemuan senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu.
Apa yang dipertikaikan
di sini ialah siapakah yang bertanggungjawab
dalam pembunuhan itu.
- Juraimi mengatakan dia
telah menetak leher Mazlan kerana arahan Affandi dan Mona. Sebulan sebelum
kejadian, Affandi dan Mona telah membuat rancangan untuk membunuh Mazlan
dan dia diminta memberikan kerjasama.Semasa menetak itu dia dalam keadaan tidak
sedar.
- Affandi dan Mona pula
di satu pihak mengatakan pada malam kejadian ketika mereka menjalankan
upacara mandi bunga ke atas Mazlan, Juraimi dengan tiba-tiba seperti orang
hilang pedoman menetak leher Mazlan. Motif Juraimi berbuat demikian kerana
cemburukan hubungan Mazlan dengan Noraini.
Bagi pihak pendakwa
pula, pembunuhan itu adalah hasil perancangan bersama ketiga-tiga tertuduh
untuk membunuh Mazlan pada 2 Julai 1993.Dalam usaha membuktikan pertuduhan
terhadap ketiga-tiga tertuduh,
pendakwaan bergantung
kepada peruntukan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan Seksyen 30 Akta
Keterangan. Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan:
"Apabila suatu
perbuatan jenayah dilakukan oleh beberapa ramai orang
bagi mencapai niat
bersama mereka semuanya, tiap-tiap seorang daripada
mereka itu adalah
bertanggungjawab atas perbuatan itu sama seperti seolah-
olah perbuatan itu
telah dilakukannya olehnya."
Ini bermakna walaupun
Juraimi yang menetak leher Mazlan sehingga membawa maut, Affandi dan Mona
adalah dianggap turut membunuh Mazlan kerana mereka bertiga telah
merancangkan pembunuhan itu bersama-sama.Pembunuhan itu adalah satu operasi yang
dirancangkan bersama-sama oleh
ketiga-tiga tertuduh.
Tetakan pada leher Mazlan dan kemudian jasadnya dikerat-kerat dan lapah
dagingnya adalah bukti niat untuk membunuh.Tugas setiap tertuduh telah
ditentukan lama sebelum kejadian:
- Satu lubang yang besar
dan dalam digali oleh Juraimi beberapa hari sebelum kejadian
- Juraimi telah mengasah
kapak, Affandi dan Mona setiap seorang mengasah sebilah parang yang akan
digunakan dalam pembunuhan itu,
- Affandi dan Mona akan
berpura-pura menyediakan Mazlan untuk membuat ibu duit dengan membaring
dan mendongakkan kepalanya,
- Juraimi akan menetak
leher Mazlan,
- Mayat itu akan
dikerat-kerat dan dilapah, kemudian ditanam dalam lubang stor dan disimen
supaya pembunuhan itu tidak dapat dikesan.
Seksyen 30 Akta Keterangan
pula memperuntukkan:
"Apabila
lebih daripada seorang dibicarakan bersama atas suatu kesalahan yang sama,
dan pengakuan salah yang dibuat oleh seorang daripada mereka yang
menjejaskan dirinya dan beberapa orang lain itu terbukti, mahkamah boleh
menimbangkan pengakuan salah itu bagi menentang orang yang lain
itu dan juga bagi menentang orang yang membuat pengakuan salah
itu."
Ini membawa maksud
apabila Juraimi mengaku menetak leher Mazlan di atas arahan Affandi
dan Mona, keterangan Juraimi mengesahkan pembabitannya dalam
rancangan pembunuhan itu boleh digunakan terhadap Affandi dan
Mona untuk membuktikan pembabitan mereka dalam pembunuhan itu.Dalam kes
ini, Juraimi melalui keterangannya di mahkamah dan percakapan beramarannya
telah mengaku menetak leher Mazlan seperti yang dirancang oleh mereka
bertiga.Dia juga dengan percakapan beramaran Mona yang menyebut
perancangan mereka bertiga untuk membunuh. Percakapan Mona boleh digunakan
terhadap Juraimi dan Affandi.Saya berhujah bahawa adanya niat bersama
ketiga-tiga tertuduh untuk membunuh Mazlan.
Ketiga2 tertuduh telah
didapati bersalah sebulat suara oleh para juri, dan dijatuhkan hukuman mati
mandatori.
TARIKH : 9 FEBRUARI 1995
TEMPAT : MAHKAMAH TINGGI TEMERLOH
TERTUDUH : JURAIMI HUSIN, MOHD AFFANDI ABDUL
RAHMAN
DAN MAZNAH ISMAIL ATAU MONA FANDEY.
HAKIM : DATUK MOKHTAR SIDIN
TEPAT jam 2.31 petang, tujuh juri membuat
keputusan sebulat suara
bahawa ketiga-tiga tertuduh perbicaraan kes
bekas Adun Batu Talam bersalah menyebabkan kematian Datuk Idros @ Mohd Mazlan
Idris
di rumah tak bernombor di Kampung Peruas,
UluDong, Raub Julai 1993.
Juraimi Husin (tertuduh pertama), Mohd Affandi
Abdul Rahman (kedua) danMaznah Ismail atau Mona Fandey (ketiga), dijatuhi
hukuman mati mandatori.
ni aku ringkaskan je. mmg panjang sbnrnya perbicaraan kes dia,
macam2 fakta, macam2 keterangan yang bercanggah dan hujah2 para peguambela,
buat aku rasa teruja gila baca kes ni. hope lepas ni takda dah kes berprofil
tinggi macam ni kat Malaysia. ngeri aihhh. pasni aku sambung g pasal 5
pembunuhan paling kejam kat Malaysia ni. dan yg number satunya kes ni la. nak
tengok muka Mona Fendi, Affandi (suami Mona) dan Juraimi? ni ha gmbr diorang.
yg pompan tu Mona, yg pakai spec tu Juraimi, and yg bwh tu suami
Mona.
tgk la senyuman Mona, psiko gila kan?