Thursday, February 20, 2014

Pernah dengar nama POKOK LANGSUIR ?


Entri kali ni saya akan menceritakan kisah sedikit-sebanyak tentang pokok tersebut. Apabila ditunjukkan gambar di atas, tentu ramai yang tahu atau kenal pokok tersebut tetapi bukannya semua orang tahu nama pokok itu disebut pokok langsuir atau untuk panggilan yang kurang menyeramkan ialah pokok langsuyar. Sebenarnya,ia juga jenis paku-pakis dan hidup menumpang kat pokok-pokok besar yang tumbuh meliar di hutan. Sakat/Langsuir/Pontianak atau nama saintifiknya Asplenium Nidus. Ramai orang yang gemar menanam pokok ini dihalaman rumah kerana bentuk dan saiz unik yang dimiliki oleh pokok tersebut membuatkan ia kelihatan cantik bagi segelintir penduduk.
Dalam pada yang sama, ada juga kepercayaan orang melayu kita yang mengatakan pokok ini didiami oleh makhluk yang bernama langsuir dan tidak mustahil kerana asal-usul pokok ini memang didalam hutan. Sememangnya pokok ini juga tumbuh di diatas pokok-pokok yang besar, jadi mudah bagi makhluk itu bertenggek, mengilai dan ketawa. Nampak menyeramkan bila digambarkan pokok tersebut mempunyai perkara seperti itu. Mungkin disinilah bermulanya pokok tersebut diberi gelaran "Pokok Langsuir" kebetulan gamaknya mungkin mereka pernah melihat dan mendengar suara hilaian tawa langsuir tersebut daripada pokok ini. Wa'allahhualam.



Pokok yang disebelah kanan ini masih tergolong dalam pokok langsuir, orang melayu menyebutnya "Jejari Langsuir" memang seram kalau sesiapa yang mengetahui kisahnya. Orang tua-tua dahulu melarang sama sekali pokok ini ditanam dihalaman rumah... hendak pula kalau dirumah tersebut ada budak kecik memang sah baby tersebut menangis sentiasa. Jadi terserahlah pada diri masing-masing untuk mempercayai atau tidak. Moralnya kalau orang tua-tua dahulu melarang untuk membuat sesuatu ada sebab dan kebenaranya dan kita orang muda di hari ini main redah aje tanpa memikir disebaliknya.

No comments:

Post a Comment