Misteri “Shopping Mall”
Kisah kali ini akan menceritakan
tentang satu misteri yang pernah menggemparkan rakyat johor umumnya, insiden
ini berlaku lebih kurang pada tahun 1998 dimana projek pusat beli-belah yang
tidak pernah beroperasi selepas ia selesai dibina pada tahun itu. Kisah
banggunan Kemayan city yang telah lama terbengkalai selama 15 tahun ini
dikatakan berhantu dan memiliki pelbagai kisah seram yang diceritakan orang
ramai.
Jalan belakang
bangunan ini juga amat menyeramkan kerana bangunannya yang lusuh dan keadaan kawasan yg
bersemak-samun menambahkan lagi keseraman pada banggunan kemayan city, jika
korang memandu ke bandaraya Johor Bharu melalui jalan Skudai-Tampoi pasti akan
melalui dihadapan banggunan ini dan merasai sendiri pengalaman seram.
Harap-harap jangan pula anda singgah di Mall tersebut dan membeli-belah bersama
keluarga nanti.
Ada juga kisah
yang diganggu oleh penghuni yang menetap didalam ‘Kemayan City” dimana ada yang
masuk ke dalam banggunan ini untuk mencari sarang burung walid dan apabila
pulang ke rumah, anaknya menangis tidak henti-henti sehingga dibawa berubat
barulah anaknya itu pulih.
Tetapi kisah
misteri ‘Kemayan City” yang paling terkenal adalah kisah yang dialami sendiri
oleh satu keluarga warga Singapura yang mengatakan pusat beli-belah itu meriah
dengan pengunjung. Mari kita baca kisah yang diambil dari harian Metro.
JOHOR
BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah
terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura
terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan
membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.
Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan
aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan
masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah
terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.
Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.
Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.
Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan
mengunjungi pusat
beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu
malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin
saudara di Melaka.
Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.
Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.
Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit
membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan
pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.
Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.
Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.
Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.
Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.
Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.
Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.
Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.
“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.
“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.
“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami
segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa
mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.
“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi,” katanya.
Video ini
adalah pengalaman yang akan dirasai sendiri oleh sesiapa sahaja yang melalui
jalan berhadapan ‘Kemayan City Mall”.. Saksikan,..
No comments:
Post a Comment