KEMAYAN CITY,JOHOR
BHARU
Sebuah komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian
lama.Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai
makhluk halus.
Kisah kali ini adalah di kawasan Johor Bharu. Orang Johor
Bharu terutama yang di sebelah Tampoi, Skudai, Kulai dan sebagainya tentunya
mengenali Kemayan City. Kemayan City adalah sebuah kompleks yang terbengkalai
mangsa kegawatan ekonomi tahun 1998. Ia dikenali ramai kerana gahnya semasa
pelancarannya dahulu juga jalan Overheadnya yang menjadi tempat U-turn ke
Skudai atau Tampoi. Tak taulah status jalan tersebut samada diiktiraf atau
tidak tetapi memang jem di situ terutama semasa waktu petang.
Tetapi kini Kemayan City menjadi tempat yang misteri dan dipercayai
menjadi port Mat gian. Namun ada juga yang mengatakan Kemayan City berhantu
terutama oleh warga Singapura seperti yang diceritakan oleh Ustaz JAIJ, Ustaz
Hanafiah Abdul Razak. Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks
beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat
Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka
dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.
BANGLO MONA FANDEY
Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal
tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang
pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh,Pahang yang
telah menggemparkan dunia.
Simpang-T Georgetown Pulau Pinang –
lebih dikenali
sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High
School.Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan
ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan
juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa
kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak
kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.
No comments:
Post a Comment